My Sambal Delight


WELCOME


Selamat Datang ke My Sambal Delight. Blog ini akan memperkenalkan anda dengan sambal kering yang sedap dan tahan lama. Selain itu, ia tanpa bahan pengawet

Tuesday, 18 December 2012

Cara membuat tempahan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Terima kasih kepada semua akan dan pelanggan yang sentiasa mengikuti blog My Sambal Delight.
Sepanjang blog saya ini beroperasi, saya terima banyak pertanya tentang cara untuk membuat tempahan..Senang sahaja...
1) Tuan/puan scroll kan mouse ke bahagian bawah blog ini dan tuan/puan akan nampak kotak tempahan.
2) Isi kotak tempahan tersebut
3) Bagi kuantiti, saya sengaja membuat kotak tersebut lebih flexible agar tuan/puan senang untuk mengisi mengikut kemahuan tuan/puan.
4) Semua order akan direct ke email saya iaitu ieza_beleda@yahoo.com
5) Saya akan reply dan nyatakan jumlah yang tuan/puan perlu bayar/bankin kan ke akaun saya.
6) Sambal diposkan selepas pembayaran dibuat atau tuan/puan boleh mengambil sendiri setelah pembayaran dibuat.

Sekian terima kasih

Wednesday, 25 July 2012

Caj Penghantaran

Semua penghantaran akan dihantar melalui POS LAJU.
Caj penghantaran adalah termasuk berat pembungkusan.

Bagi kawasan dalam Kuala Lumpur & Selangor

  •  Berat bawah 400gm =RM6
  •  Berat antara >400gm hingga < 800gm = RM8
  •  Berat >800gm dan keatas = RM10

Bagi kawasan luar Kuala Lumpur & Selangor

  •  Berat bawah 400gm =RM8
  •  Berat antara >400gm hingga < 800gm = RM10
  •  Berat >800gm dan keatas = RM12

Buat semua

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Semoga kita dapat menunaikannya dengan sempurna
Dan memberkati bulan ini dengan pelbagai ibadah bagi menambah dana kita untuk ke sana

Sunday, 27 May 2012

Sambal Tempe

Aduh.. malas nye nk buat sambal tempe tapi nak makan...bukan susah pun dengan Sambal Bilis...dalam 15minit je dah siap...

Resepinye:


  1. Potong tempe nipis-nipis kemudian gaul dengan garam dan kunyit...
  2. Goreng sehingga garing.
  3. Panaskan kuali lain dan letak 1 sudu besar minyak sahaja.
  4. Masukkan Sambal Bilis  sebanyak yang anda perlukan.
  5. Panaskan ia hingga mendidih.
  6. Potong bawang besar ( jika perlu) dan masukkan ke dalam sambal tadi.
  7. Masukkan tempe yang telah digoreng tadi..
 Nyum... nyum sedapnye...

Tuesday, 22 May 2012

Paru Goreng Berlada



Paru goreng berlada ini saya gunakan sambal lada. Saya sertakan resepi di sini. 

Bahan-bahannya:-

200gm paru
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 helai daun limau purut
150gm Sambal Lada
Sedikit kunyit, garam dan serbuk perasa ( knorr sedap ke, secukup rasa maggi atau ajinomoto).
Minyak untuk menggoreng dan menumis.
Sedikit cuka


Caranya:-


  1. Rebus paru hingga lembut ( Nak tahu lembut ke tak... cucuk dengan garfu.. kalau leh cucuk maknanya lembut la tu, lagi lama lagi lembut)
  2. Potong paru mengikut kemahuan anda ( kalau suka garing, potong nipis2.. kalau suka lembut atau liat2 sikit- potong tebal2 sikit mcm saya tu, my hubby suka mcm tu).
  3. Gaulkan paru dengan kunyit dan garam dan campur sedikit cuka untuk menghindarkan paru meletup.
  4. Goreng paru sehingga garing mengikut kehendak anda.
  5. Tumis bawang putih dan serai yang telah dititik ( diketuk).
  6. Masukkan Sambal Lada sehingga naik bau.
  7. Masuk serbuk perasa dan daun limau purut.
  8. Masukkan paru yang telah digoreng
  9. Sedia dihidang.

Monday, 14 May 2012

Promosi Acar Buah!!

Setiap belian Acar Buah RM10 dan keatas akan menerima Sambal Hitam.. Jadi...Mari mari tempah Acar Buah sekarang!! - Promosi tamat... tunggu promosi akan datang!!!

Friday, 6 April 2012

Sambal Hitam Kuala Lipis kembali!

Sambal hitam Kuala Lipis sudah ada stok! sesiapa yg berminat boleh buat order skrg!

Borang Tempahan

Nama:
Alamat:
Alamat Email :
No. Telephone:
Nama produk:
Kuantiti:
Nota:

Click here to put a form like this on your site.